Melawat Puan Mina Yang Berjualan Sayur di Tepi Jalan Univila dan Kg Muhibbah

Keluar dari pejabat lewat petang tadi sebelum pulang ke rumah, saya singgah melawat Pn Mina yang berjualan sayur di tepi jalan Univila dan Kg Muhibbah.

Pn Mina turut berkongsi cerita selain dari punca pendapatan yang terjejas, keperluan PdPR telah memaksa beliau membeli sebuah printer sehingga habis separuh elaun bulanan rm500 yang diterimanya sebagai pembantu guru.

“Kedai fotostat selalu saja tutup, kerja sekolah anak-anak semua perlu diprint. Kena ajar anak-anak lagi subjek pun kita tidak pandai.”

Sedikit bantuan berupa bakul makanan sahaja yang dapat saya bantu untuk mengurangkan sikit beban keluarganya.

Kesusahan rakyat di bawah sudah semakin meruncing, semoga pihak kerajaan memberikan kesungguhan membantu golongan ini yang sangat terkesan.

Mari terus berdoa agar pandemik ini segera berakhir.

YB RINA JAINAL
AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI N70 KUKUSAN

Hubungi CARELINE saya di 016-8034767 / 014-3009517 untuk aduan dan perkhidmatan masyarakat kawasan Kukusan.

“Kamu Adu, Kami Bantu”
“You Report, We Support”
您报告我们支持

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2023, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.