Penghantar Makanan Food Panda Mohd Ramdhan Shah Abas Maut Kemalangan

Assalamualaikum www dan salam sejahtera

Perkhabaran sedih berlaku tengah hari semalam apabila seorang penghantar makanan Food Panda Mohd Ramdhan Shah Abas, maut, selepas motosikal yang ditunggangnya dilangar sebuah kenderaan di Batu 3.

Saya terkenangkan anak arwah yang baru berusia 5 bulan. Saya dimaklumkan oleh kakitangan Pejabat DUN N70 Kukusan, arwah pernah meluahkan perasaan sedih apabila tidak boleh bekerja akibat PKP dan perlaksanaan PKPD di kawasan Muhibbah Raya.

Katanya dia mahu bekerja mencari duit untuk menyara anaknya yang masih bayi selain menampung komitmen bulanan.

Namun, siapa sangka, beberapa bulan selepas PKPD, arwah pergi menyambut panggilan Ilahi ketika bekerja mencari rezeki.

Saya difahamkan ujian saringan COVID-19 juga menunjukkan keputusan negatif. Jenazah akan dikebumikan di Merotai Besar, hari ini.

Semoga rohnya dicucuri rahmat dan keluarga arwah terutamanya isteri dan anaknya diberikan kekuatan dalam menempuhi dugaan besar ini.

Alfatihah.

YB RINA JAINAL
AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI N70 KUKUSAN

Hubungi CARELINE saya di 016-8034767 / 014-3009517 untuk aduan dan perkhidmatan masyarakat kawasan Kukusan.

“Kamu Adu, Kami Bantu”
“You Report, We Support”
您报告我们支持

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2023, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.