
Hari ini saya bukan bercakap sebagai seorang pemimpin sahaja, tetapi sebagai seorang wanita, seorang ibu, dan seorang anak yang dibesarkan oleh ibu yang kuat.
Ada ibu yang bangun seawal pagi demi keluarga.
Ada ibu tunggal yang memikul dua tanggungjawab dalam satu masa. Ada ibu yang diam-diam menahan lelah, tapi tetap tersenyum demi anak-anak.
Kasih ibu tidak pernah minta dibalas,tapi pengorbanan seorang ibu lah yang membentuk masa depan anak-anak dan keluarga.
Saya percaya, kekuatan sesebuah keluarga bermula daripada hati seorang ibu. Sebab itu jasa dan pengorbanan ibu tidak mampu dibalas dengan apa pun.
Semoga semua ibu sentiasa diberikan kesihatan, rezeki dan kebahagiaan bersama keluarga tercinta.
Selamat Hari Ibu dari Ibu Rakyat Kukusan