Edit Content

Dapur ke Dapur bersama Wanita Kampung Gabungan, Muhibbah Raya

Rina Jainal Umum Letak Jawatan, Kekal Berjuang Di Kukusan

Rina Pertikai Tindakan PHRS, Dakwa Dihalang Jadi Calon Kukusan

Lepak Santai Bersama Belia Kukusan (Vol. 2)

Salam Takziah Kepada Keluarga Allahyarham Ajesman Bin Tangsi

Lepak Santai Bersama Belia Kukusan

Ngopi Dulu Baru Kamu

Menyantuni Keluarga Allahyarhamah Darmia binti Abdullah

Menghadiri Majlis Kenduri Keluarga Haji Ahmad Bin Tapa

Menghadiri Majlis Kenduri Tahlil Keluarga Pn. Dayang

 Ziarah Kasih Pakcik Herman Kg Airport Lama

Saya bersama team UPPM N.70 Kukusan telah mengadakan ziarah kasih untuk melawat Pak Cik Herman yang sedang mengalami penyakit strok dan kesukaran untuk berjalan.

Pak cik Herman merupakan pesara JKR yang tinggal bersama anak dan cucu beliau di Kg Airport Lama. Kunjungan ini adalah sebahagian daripada usaha untuk memastikan kebajikan warga emas di kawasan ini sentiasa dijaga dan diberi perhatian.

Saya juga sempat menyampaikan sumbangan berupa barangan keperluan harian dan sedikit bantuan kewangan untuk meringankan beban Pak Cik Herman dan sekeluarga.

Saya berharap kunjungan ini dapat memberikan sedikit kegembiraan dan semangat kepada Pak Cik Herman. Saya bersama team akan terus komited dalam memberikan bantuan dan sokongan kepada golongan yang memerlukan, terutamanya warga emas dan golongan yang memerlukan.

Semoga usaha kecil kita ini dapat memberikan impak besar kepada mereka yang memerlukan. Turut hadir Pengerusi JKKK Kg Airport Lama En Khairizain Abd Malik.

Hubungi 089-760969 pada waktu pejabat kami 10 pagi – 4 petang untuk pertanyaan.

ATAU,

Whatsapp CARELINE saya di 010 – 779 4767 untuk aduan dan perkhidmatan masyarakat kawasan Kukusan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2025, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.