Edit Content

Belabuhnya Tirai DUN Sabah Tahun 2025

Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Tahun 2025 DUN Sabah Yang Ke-16

Pre council Mesyuarat Pertama Penggal Kelima DUN Sabah Ke-16

Istiadat Pembukaan Penggal Ke-5 Tahun 2025 DUN SABAH Ke-16

Majlis Amanat Tahun Baharu 2025

 Ziarah Kasih Ramadan Home-To-Home: Menyantuni Dengan Kasih Sayang

Dalam kehangatan Ramadan, saya berkesempatan turun padang melalui Program Ziarah Kasih Ramadan Home to Home bagi menyantuni golongan yang memerlukan di Mukim Kukusan:-

1. Kg Rezeki, Jambatan Tengku Osman

2. Taman Victoria

3. Kg Jawa Lanut

4. Taman Semarak Jaya

5. Kg Pisang

6. Kg Sentosa Blok 4

7. Kg Airport Lama

Dari rumah ke rumah, saya sendiri menyerahkan bantuan makanan dan keperluan asas kepada asnaf, warga emas, serta keluarga yang kurang berkemampuan.

Biarpun dalam keletihan berpuasa, hati saya terasa sebak melihat wajah-wajah penuh harapan ini. Saya luangkan masa untuk mendengar rintihan mereka, berkongsi doa, dan memberi kata-kata semangat agar mereka tahu, mereka tidak bersendirian.

Ramadan ini bukan sekadar tentang menahan lapar dan dahaga, tetapi juga tentang berkongsi rezeki dan kasih sayang sesama insan.

Semoga usaha kecil ini dapat meringankan beban dan membawa sinar kebahagiaan kepada mereka. Insya-Allah, saya akan terus berkhidmat demi kukusan kita sejahtera.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2025, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.