Akidah Bermula Dari Rumah

Menyantuni Hajja Kasma, Isteri Allahyarham Datuk Haji Samsul Alang

Ziarah Kasih: Mendoakan Kesembuhan Imam Alil Matran di ICU Jantung

Ziarah Kasih PPR Gudang 4

Aduan Diterima, Tindakan Terus Dibuat

Membina Generasi Yang Menguasai Teknologi

Jangan Biar Anak Perempuan Kita Malu Kerana Tidak Mampu

Siapa Anak Muda Tawau Kaki Ping Pong?

Bersama Mangsa Kebakaran Lok Buta

Seorang Wanita, Seribu Perjuangan

 Esok Kita Pula Jadi Warga Emas

Hari ini saya mewakili YB Datuk Julita Majungki, Menteri Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, untuk merasmikan 11th Malaysian Conference On Healthy Being di Kota Kinabalu.

Satu perkara yang menarik perhatian saya, berdasarkan Anggaran Penduduk 2025 oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), golongan berusia 60 tahun ke atas kini merangkumi kira-kira 12.6% daripada jumlah penduduk Malaysia.

Dalam tempoh 10 tahun akan datang, angka ini dijangka meningkat kepada 15%. Mengikut Dasar Warga Emas Negara (DWEN), angka tersebut merupakan ambang untuk Malaysia dikategorikan sebagai “Negara Menua”.

Jadi, persediaan untuk menghadapi perubahan ini memang perlu kita mulakan dari sekarang.

Bagi saya, penuaan sihat melibatkan lebih daripada soal rawatan dan kesihatan fizikal. Kesihatan emosi dan rohani, hubungan dengan keluarga dan komuniti, kemandirian serta kehidupan yang aktif juga penting dalam perjalanan kita menuju usia emas.

Saya juga menyambut baik hasrat untuk menjadikan Kota Kinabalu sebagai bandar mesra warga emas. Untuk mencapai hasrat ini, semua pihak perlu memainkan peranan termasuk kerajaan, keluarga, komuniti, penyedia perkhidmatan kesihatan, sektor perniagaan dan pertubuhan masyarakat.

Kita mahu warga emas kita menikmati kehidupan yang lebih panjang, sihat dan aktif, terus dihargai serta mempunyai peranan dalam keluarga dan masyarakat.

Dan sebenarnya, perkara ini dekat dengan kita semua.

Hari ini kita jaga mereka. Esok kita pula berada di tempat mereka.

Semoga persidangan ini membuka lebih banyak ruang untuk perkongsian ilmu, kerjasama dan usaha bersama dalam membina masyarakat yang lebih sihat, inklusif dan mesra warga emas.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2026, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.