Akidah Bermula Dari Rumah

Menyantuni Hajja Kasma, Isteri Allahyarham Datuk Haji Samsul Alang

Ziarah Kasih: Mendoakan Kesembuhan Imam Alil Matran di ICU Jantung

Ziarah Kasih PPR Gudang 4

Aduan Diterima, Tindakan Terus Dibuat

Membina Generasi Yang Menguasai Teknologi

Jangan Biar Anak Perempuan Kita Malu Kerana Tidak Mampu

Siapa Anak Muda Tawau Kaki Ping Pong?

Bersama Mangsa Kebakaran Lok Buta

Seorang Wanita, Seribu Perjuangan

 Perginya Seorang Penggerak Wanita

Tengah hari tadi, saya sempat melawat Kak Hasmiati binti Patang. Tidak sangka, selepas Asar tadi, beliau telah pergi menghadap Allah SWT buat selama-lamanya.

Kak Hasmiati merupakan antara penggerak wanita yang sentiasa hadir dengan semangat dan keikhlasan dalam bersama-sama membantu masyarakat.

Pemergian beliau amat saya rasai. Terasa begitu singkat pertemuan kita tengah hari tadi, namun saya bersyukur masih diberi kesempatan untuk melihat dan menyapa beliau buat kali terakhir.

Jenazah akan dimandikan di Masjid Saidina Umar Taman King Fook dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Pasir Putih.

Salam takziah buat seluruh keluarga dan insan-insan yang menyayangi arwah. Semoga Allah SWT mengampuni segala dosa-dosanya, menerima segala amal baiknya dan menempatkan roh arwah Kak Hasmiati dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

Al-Fatihah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2026, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.