Membina Generasi Yang Menguasai Teknologi

Jangan Biar Anak Perempuan Kita Malu Kerana Tidak Mampu

Siapa Anak Muda Tawau Kaki Ping Pong?

Bersama Mangsa Kebakaran Lok Buta

Seorang Wanita, Seribu Perjuangan

Sempatkan Waktu

Perginya Seorang Penggerak Wanita

Bersatu, Kita Jaga Komuniti

Tindakan Segera, Demi Keselamatan Komuniti

Ziarah Kasih Kukusan

 Wanita dan Kanak-Kanak Perlu Kita Lindungi

Petang tadi saya menerima kunjungan hormat daripada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) di pejabat.

Turut hadir dalam kunjungan ini ialah Naib Pengerusi SUHAKAM, Datuk Mariati Robert serta Pesuruhjaya Kanak-Kanak Sabah & Sarawak, Dr. Zufar Yadi Brendan Abdullah.

Pertemuan ini membuka ruang untuk kami berkongsi pandangan mengenai usaha memperkukuh perlindungan, kebajikan dan hak wanita serta kanak-kanak di Sabah.

Antara yang dibincangkan ialah cadangan penubuhan Jawatankuasa Pilihan Khas Dwi-Partisan mengenai kesejahteraan kanak-kanak, perancangan Legislative Dialogue on CEDAW berkaitan amalan memudaratkan wanita dan kanak-kanak perempuan di Sabah, serta inisiatif Bandar Mesra Kanak-Kanak (CFCI) di Tawau.

Kami turut meneroka potensi kerjasama dalam hal-hal berkaitan hak asasi manusia.

Bagi saya, wanita dan kanak-kanak perlu kita lindungi, tetapi pada masa yang sama suara dan hak mereka juga perlu diberi ruang dan perhatian. Usaha ini memerlukan kerjasama semua pihak supaya kebajikan mereka terus terpelihara.

Semoga pertemuan ini menjadi langkah yang baik untuk memperkukuh lagi usaha kita dalam memperkasa wanita dan memastikan anak-anak kita membesar dalam persekitaran yang selamat dan sejahtera.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2026, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.