Akidah Bermula Dari Rumah

Menyantuni Hajja Kasma, Isteri Allahyarham Datuk Haji Samsul Alang

Ziarah Kasih: Mendoakan Kesembuhan Imam Alil Matran di ICU Jantung

Ziarah Kasih PPR Gudang 4

Aduan Diterima, Tindakan Terus Dibuat

Membina Generasi Yang Menguasai Teknologi

Jangan Biar Anak Perempuan Kita Malu Kerana Tidak Mampu

Siapa Anak Muda Tawau Kaki Ping Pong?

Bersama Mangsa Kebakaran Lok Buta

Seorang Wanita, Seribu Perjuangan

 Seorang Wanita, Seribu Perjuangan

Pagi tadi saya hadir untuk memberikan penghormatan terakhir kepada mendiang Bev Joeman.

Sudah lama kami tidak bertemu. Namun pagi tadi, dalam suasana yang cukup berat, saya kembali teringat kepada seorang wanita yang begitu kuat semangatnya dalam memperjuangkan apa yang beliau percaya.

Bev bukan sahaja seorang pejuang wanita. Beliau juga lantang memperjuangkan hak asasi manusia tanpa mengira agama, bangsa atau latar belakang.

Sebagai seorang ibu tunggal kepada tiga orang anak, Bev tetap memilih untuk terus memberi kepada orang lain, walaupun beliau sendiri sedang melalui perjuangan melawan leukemia.

Di mana sahaja beliau dijemput, di dalam atau luar negara, beliau akan hadir apabila ada ruang untuk menyumbang, bersuara dan memperjuangkan sesuatu yang diyakininya.

Satu perkara yang saya akan ingat tentang Bev ialah auranya yang positif.

Ada kekuatan pada dirinya. Ada semangat yang membuatkan kita percaya bahawa walau sesukar mana pun perjalanan hidup, kita masih boleh memilih untuk terus berbuat baik dan memberi manfaat kepada orang lain.

Hari ini kita kehilangan seorang wanita yang banyak memberikan dirinya untuk orang lain.

Semoga segala perjuangan dan ketabahan Bev menjadi inspirasi kepada wanita-wanita lain untuk terus kuat, berani bersuara dan percaya kepada kemampuan diri sendiri.

Buat keluarga dan tiga orang anak yang ditinggalkan, semoga diberikan kekuatan untuk melalui kehilangan ini.

Selamat jalan, Bev.

Rest in peace.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2026, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.