Akidah Bermula Dari Rumah

Menyantuni Hajja Kasma, Isteri Allahyarham Datuk Haji Samsul Alang

Ziarah Kasih: Mendoakan Kesembuhan Imam Alil Matran di ICU Jantung

Ziarah Kasih PPR Gudang 4

Aduan Diterima, Tindakan Terus Dibuat

Membina Generasi Yang Menguasai Teknologi

Jangan Biar Anak Perempuan Kita Malu Kerana Tidak Mampu

Siapa Anak Muda Tawau Kaki Ping Pong?

Bersama Mangsa Kebakaran Lok Buta

Seorang Wanita, Seribu Perjuangan

 Bersama Mangsa Kebakaran Lok Buta

Hari ini saya berkesempatan bersama Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Sabah dalam Program Lawatan bersama mangsa bencana kebakaran Kampung Lok Buta di Dewan Serbaguna Damai.

Kebakaran ini telah menjejaskan 111 ketua isi rumah yang melibatkan seramai 558 mangsa. Dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) turut dibuka bagi memastikan keperluan dan kebajikan mangsa terus mendapat perhatian.

Dalam keadaan sukar seperti ini, perkara paling penting ialah memastikan mangsa tidak berasa keseorangan. Kita hadir untuk mendengar, melihat sendiri keadaan mereka dan memberikan sokongan semampu yang boleh.

Semoga semua mangsa terus diberikan kekuatan dan dipermudahkan segala urusan. Mudah-mudahan bantuan yang disalurkan dapat sedikit sebanyak meringankan beban mereka dalam menghadapi dugaan ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2026, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.