Akidah Bermula Dari Rumah

Menyantuni Hajja Kasma, Isteri Allahyarham Datuk Haji Samsul Alang

Ziarah Kasih: Mendoakan Kesembuhan Imam Alil Matran di ICU Jantung

Ziarah Kasih PPR Gudang 4

Aduan Diterima, Tindakan Terus Dibuat

Membina Generasi Yang Menguasai Teknologi

Jangan Biar Anak Perempuan Kita Malu Kerana Tidak Mampu

Siapa Anak Muda Tawau Kaki Ping Pong?

Bersama Mangsa Kebakaran Lok Buta

Seorang Wanita, Seribu Perjuangan

 Wanita Bukan Untuk Disakiti

Hari ini saya bersama YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri dalam Majlis Perasmian Program Toleransi Sifar Keganasan: Advokasi Anti Gangguan Seksual (AAGS) & Eliminate Violence Against Women (EVAW) di Semporna.

Saya mahu cakap terus terang. Keganasan terhadap wanita tidak boleh kita normalisasikan.

Angka PDRM sendiri menunjukkan kes gangguan seksual meningkat daripada 477 kes pada 2022 kepada 1,083 kes pada tahun lalu. Sehingga Mei tahun ini pula, 388 kes sudah dilaporkan, termasuk 31 kes di Sabah.

Keganasan rumah tangga juga masih tinggi iaitu 7,391 kes dilaporkan tahun lalu dan sehingga Jun tahun ini sudah 4,014 kes.

Di sebalik angka ini ada wanita yang mungkin sedang menahan sakit, takut untuk melawan, takut untuk bercerita dan ada yang masih tinggal dalam keadaan yang tidak selamat.

Sebagai Pembantu Menteri KWKKR , saya tidak mahu perkara seperti ini kita pandang ringan. Wanita mesti tahu mereka ada hak. Wanita mesti tahu mereka boleh minta bantuan. Dan masyarakat mesti berhenti menyalahkan mangsa.

Kalau ada suami, pasangan, keluarga atau sesiapa saja yang melakukan keganasan, jangan anggap itu urusan rumah tangga semata-mata. Bila keselamatan seseorang sudah terancam, kita mesti bertindak.

Saya akan terus bawa perkara berkaitan keselamatan, kebajikan dan perlindungan wanita supaya perhatian dan bantuan sampai kepada mereka yang memerlukan, termasuk wanita di kampung dan pulau-pulau.

Untuk semua wanita di luar sana: kamu tidak keseorangan. Jangan takut untuk minta pertolongan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2026, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.