Salam Takziah

Pantau, Semak dan Ambil Tindakan

Ziarah Kasih DUN Kukusan: Hadir Bertanya Khabar, Meringankan Beban

Kesihatan Kita, Keutamaan Bersama

Akidah Bermula Dari Rumah

Menyantuni Hajja Kasma, Isteri Allahyarham Datuk Haji Samsul Alang

Ziarah Kasih: Mendoakan Kesembuhan Imam Alil Matran di ICU Jantung

Ziarah Kasih PPR Gudang 4

Aduan Diterima, Tindakan Terus Dibuat

Membina Generasi Yang Menguasai Teknologi

 Bakat Terpendam Anak-Anak Istimewa

Alhamdulillah, saya berkesempatan hadir dan merasmikan Majlis Penutupan Karnival Mahabbah Pendidikan Khas Peringkat Daerah Tawau 2026 di Dewan Al-Farabi, SMK Kuhara.

Karnival ini menghimpunkan pelbagai aktiviti dan pertandingan yang memberi ruang kepada anak-anak Pendidikan Khas untuk menyerlahkan bakat dan kebolehan masing-masing, termasuk pertandingan khat, azan dan nasyid.

Sempat juga saya melihat hasil karya khat yang dihasilkan oleh anak-anak ini. Cantik dan kemas. Melihat karya mereka membuat saya semakin yakin bahawa setiap anak mempunyai bakat tersendiri yang boleh berkembang apabila diberikan ruang, peluang dan sokongan.

Sebagai tanda sokongan terhadap usaha memperkasa pendidikan khas, saya turut menyumbangkan RM2,000 untuk aktiviti Pendidikan Khas agar lebih banyak program dapat dilaksanakan demi manfaat anak-anak istimewa.

Tahniah kepada semua peserta, guru dan ibu bapa yang terus memberikan sokongan kepada anak-anak ini. Semoga bakat mereka terus berkembang dan diberi ruang untuk lebih menyerlah pada masa akan datang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2026, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.