

Hari ini saya berbesar hati menerima kunjungan YB Datuk Ir. Haji Shahelmey bin Yahya Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Kerja Raya Sabah dan YB Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy, Pembantu Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan Sabah merangkap Ahli Parlimen (MP) P191 Kalabakan ke Pejabat ADUN Kukusan.
Pertemuan ini memberi ruang untuk berbincang secara terus mengenai keperluan dan perancangan infrastruktur di kawasan Kukusan, termasuk projek penaiktarafan jalan utara baru,projek baik pulih jalan, sistem perparitan, dan pembangunan kemudahan asas lain.
Terima kasih YB Menteri dan YB Datuk Andi atas komitmen dan kesudian turun padang mendengar sendiri suara dan harapan rakyat Kukusan. Semoga pertemuan ini membuahkan hasil positif demi kesejahteraan komuniti kita.