Edit Content

Dapur ke Dapur bersama Wanita Kampung Gabungan, Muhibbah Raya

Rina Jainal Umum Letak Jawatan, Kekal Berjuang Di Kukusan

Rina Pertikai Tindakan PHRS, Dakwa Dihalang Jadi Calon Kukusan

Lepak Santai Bersama Belia Kukusan (Vol. 2)

Salam Takziah Kepada Keluarga Allahyarham Ajesman Bin Tangsi

Lepak Santai Bersama Belia Kukusan

Ngopi Dulu Baru Kamu

Menyantuni Keluarga Allahyarhamah Darmia binti Abdullah

Menghadiri Majlis Kenduri Keluarga Haji Ahmad Bin Tapa

Menghadiri Majlis Kenduri Tahlil Keluarga Pn. Dayang

 Justice For Zara Qairina

Saya berdiri teguh bersama Ustazah Marhamah dalam perjuangan menuntut keadilan untuk arwah Zara Qairina.

Ketabahan dan keberanian beliau adalah suara yang membawa harapan, bukan sahaja untuk keluarga ini, tetapi untuk semua yang percaya bahawa kebenaran mesti ditegakkan.

Kita tidak boleh membiarkan kisah ini dibayangi oleh andaian yang salah atau spekulasi yang tidak benar.

Setiap kata yang kita sebar membawa kesan kepada keluarga, kepada siasatan, dan kepada maruah yang sedang kita pertahankan.

Ini bukan isu politik.

Ini soal kemanusiaan, keadilan, dan amanah kita bersama untuk memastikan arwah Zara mendapat pembelaan yang sewajarnya.

Dan pada masa yang sama, saya menjemput semua Muslimah untuk hadir ke Program Himpunan Muslimah Tawau di Dewan Tertutup Kompleks Sukan Tawau.

Insya-Allah, program ini akan menampilkan Sheikh Niyaz dan Ustazah Marhamah yang akan menyampaikan pengisian penuh ilmu, tarbiah, dan motivasi untuk kita semua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2025, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.