Program Gotong Royong Perdana Kukusan 2.0 2024

Kepada seluruh masyarakat tawau yang prihatin. Kami menjemput anda semua untuk menyertai PROGRAM GOTONG ROYONG PERDANA KUKUSAN 2.0 ‘24 di TANAH PERKUBURAN ISLAMIAH TAWAU.

Dengan bersama-sama membersihkan dan menjaga tanah perkuburan, kita bukan sahaja menghormati kaum kerabat yang telah meninggalkan kita, tetapi juga mewujudkan persekitaran yang baik dan selesa bagi mereka yang masih hidup. Ini adalah peluang untuk menunjukkan rasa hormat kita kepada mereka yang telah pergi, di samping mengukuhkan ikatan sosial antara kita.

Mari kita bekerjasama pada hari Ahad, 3 Mac 2024 Jam 0700 pagi sehingga 1000 pagi. Kami juga mengalakkan agar orang ramai membawa peralatan pembersihan sendiri, makanan dan minuman disediakan oleh pihak penganjur. Jangan lepaskan peluang ini untuk berbuat baik dan memberi manfaat kepada ramai orang

Daftar segera!!

https://forms.gle/8SJiz4i2pNMdqTTE9

Hubungi 089-760969 pada waktu pejabat kami 10 pagi – 4 petang untuk pertanyaan.

ATAU,

Whatsapp CARELINE saya di 010 – 779 4767 untuk aduan dan perkhidmatan masyarakat kawasan Kukusan.

“Kamu Adu, Kami Bantu”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2023, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.