


Hari ini saya turun meninjau sendiri fasiliti bersalin di Hospital Besar Tawau. Ramai ibu yang bakal melahirkan memerlukan ruang yang lebih selesa, selamat dan mesra wanita sebab itu dua bilik di Aras 3, Blok B dicadang untuk dinaik taraf menjadi Maternity Epidural Suite.
Ruang ini nanti akan menjadi tempat khas untuk prosedur epidural, bagi membantu ibu bersalin mengurangkan kesakitan dan melalui proses kelahiran dengan lebih tenang.
Apa kelebihannya?
• Prosedur dikendalikan doktor terlatih & pakar bius
• Berada satu aras dengan dewan bedah (OT) – mudah tindakan kecemasan
• Ruang pemantauan ibu & bayi selepas kelahiran
• Penambahan katil untuk kurangkan kesesakan
Kita tahu Tawau antara daerah dengan kadar kelahiran tertinggi setiap tahun. Jadi, kemudahan yang lebih baik ini adalah keperluan mendesak untuk semua rakyat kita.
Kerajaan Negeri komited memperkukuh perkhidmatan kesihatan wanita. Insya-Allah, dengan sokongan JKNS & pihak hospital, usaha ini dapat direalisasikan demi kesejahteraan ibu dan anak di Sabah.
Doakan agar naik taraf ini berjalan lancar untuk semua ibu-ibu di Tawau yang hebat.