Jangan Biar Anak Perempuan Kita Malu Kerana Tidak Mampu

Siapa Anak Muda Tawau Kaki Ping Pong?

Bersama Mangsa Kebakaran Lok Buta

Seorang Wanita, Seribu Perjuangan

Sempatkan Waktu

Perginya Seorang Penggerak Wanita

Bersatu, Kita Jaga Komuniti

Tindakan Segera, Demi Keselamatan Komuniti

Ziarah Kasih Kukusan

Ibu-Ibu Yang Saya Sayang

 Dalam Setiap Ujian, Yang Penting Ialah Kita Hadir Untuk Rakyat

Hari ini saya berkesempatan melawat mangsa kebakaran di Kampung Kurnia Jaya Batu 4. Kebakaran ini melibatkan 22 ketua isi rumah dengan keseluruhan 117 mangsa yang kini ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Sri Balung, Batu 8 Apas Tawau.

Sebagai Pembantu Menteri Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, saya memastikan setiap keluarga menerima sokongan yang diperlukan. Sebagai bantuan awal, saya menyerahkan air mineral dan bakul makanan, sedikit sebanyak untuk membantu meringankan beban mangsa di PPS.

Semoga semua mangsa diberi kekuatan melalui tempoh yang mencabar ini. InsyaAllah, kami akan terus memantau dan membantu sedaya upaya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2026, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.