Sekalung Taniah Untuk Orang Kita

SAYA mengambil kesempatan mengucapkan tahniah kepada Datuk Hj Ruji Hj Ubi atas pelantikan beliau sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri berkuatkuasa 20 Februari ini.

Lebih membanggakan beliau adalah anak jati Tawau.

Datuk Hj Ruji adalah contoh ikon anak Tawau yang wajar dijadikan inspirasi. Sebelum ini, beliau banyak menggalas tanggungjawab di pelbagai kementerian seperti Penolong Pengarah di Kementerian Dalam Negeri (Januari 1996 hingga Januari 1997), Penolong Setiausaha di Kementerian Kewangan Malaysia (November 1998 hingga Ogos 2001), Penolong Setiausaha di Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) Jabatan Perdana Menteri (JPM) (September 2001 hingga Mac 2004) dan Penolong Setiausaha Kanan di Unit Perancang Ekonomi JPM (April 2004 hingga Februari 2006).

Beliau juga pernah memegang jawatan Ketua Penolong Setiausaha di Kementerian Pengajian Tinggi (Februari 2006 hingga Februari 2008), Ketua Penolong Setiausaha Kanan di Kementerian Pertanian Malaysia (Mac 2008 hingga Mac 2009) dan Pegawai Tugas-Tugas Khas Parlimen (PTTK) di Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) (April hingga Julai 2009).

Selain itu, beliau juga pernah dilantik sebagai Timbalan Setiausaha Persekutuan Sabah, Pengarah Awam ESSCOM dan terbaharu Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) di Jabatan Perdana Menteri.

Hebat bukan? Tahniah sekali lagi daripada kami warga Kukusan dan Parti Harapan Rakyat Sabah.

RINA HJ JAINAL
Timbalan Presiden Parti Harapan Rakyat Sabah
merangkap ADUN N70 Kukusan

Hubungi 089-760969 pada waktu pejabat kami 10 pagi – 4 petang untuk pertanyaan.

ATAU,

Whatsapp CARELINE saya di 010 – 779 4767 untuk aduan dan perkhidmatan masyarakat kawasan Kukusan.

“Kamu Adu, Kami Bantu”
“You Report, We Support

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2023, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.