Siapa Anak Muda Tawau Kaki Ping Pong?

Bersama Mangsa Kebakaran Lok Buta

Seorang Wanita, Seribu Perjuangan

Sempatkan Waktu

Perginya Seorang Penggerak Wanita

Bersatu, Kita Jaga Komuniti

Tindakan Segera, Demi Keselamatan Komuniti

Ziarah Kasih Kukusan

Ibu-Ibu Yang Saya Sayang

Tujuh Kali Kemoterapi

 Program Outreach Santuni Wanita 2025

Alhamdulillah, semalam saya berkesempatan merasmikan Penutupan Program Outreach Santuni Wanita 2025.

Program yang berlangsung di Dewan Wisma Gek Poh ini dianjurkan oleh Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah (JHEWA) dengan kerjasama Majlis Perbandaran Tawau serta Pejabat Daerah Kalabakan.

Inisiatif ini menjadi ruang penting untuk menyantuni wanita pelbagai lapisan masyarakat melalui perkongsian ilmu, sokongan serta aktiviti pembangunan diri.

Dengan amanah yang diberikan untuk merasmikan penutupan program ini, saya amat menghargai usaha semua pihak yang telah memastikan penganjuran ini berjalan lancar dan memberi manfaat kepada para peserta.

Pemberdayaan wanita adalah asas kepada kekuatan komuniti, dan saya percaya program seperti ini akan terus menyemai keyakinan serta potensi dalam kalangan wanita Sabah.

Semoga kerjasama seperti ini terus diperkukuh demi masa depan yang lebih sejahtera dan inklusif.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2026, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.