Ziarah Kasih DUN Kukusan: Hadir Bertanya Khabar, Meringankan Beban

Kesihatan Kita, Keutamaan Bersama

Akidah Bermula Dari Rumah

Menyantuni Hajja Kasma, Isteri Allahyarham Datuk Haji Samsul Alang

Ziarah Kasih: Mendoakan Kesembuhan Imam Alil Matran di ICU Jantung

Ziarah Kasih PPR Gudang 4

Aduan Diterima, Tindakan Terus Dibuat

Membina Generasi Yang Menguasai Teknologi

Jangan Biar Anak Perempuan Kita Malu Kerana Tidak Mampu

Siapa Anak Muda Tawau Kaki Ping Pong?

 Anugerah Idola Wanita Berbakat Sabah

SAYA mewakilkan UPPM N.70 Kukusan Penyelia Puan Susanti Jakobus merasmikan Anugerah Idola Wanita Berbakat Sabah Peringkat Daerah Tawau.

Program ini juga bertujuan untuk memupuk kesedaran tentang peranan wanita dalam pembangunan masyarakat serta memberi platform kepada mereka untuk terus berkembang dan memberi impak positif.

Dengan mengangkat kisah kejayaan mereka, anugerah ini diharapkan dapat menyemarakkan semangat generasi baharu wanita Sabah untuk mencapai kecemerlangan dalam apa jua bidang yang mereka ceburi.

Tahniah diucapkan Puan Edora dan Puan Mahasita Sahajam kerana menerima Anugerah Ikon Wanita Sabah dan 24 Idola Wanita Berbakat Sabah yang menerima anugerah malam ini.

Tidak lupa juga tahniah saya ucapkan kepada Puan Ana Mariana Pengerusi Pertubuhan Bakat Nita Sabah atas penganjuran anugerah ini yang memberi penghormatan kepada mereka yang berjaya menjadi inspirasi kepada masyarakat melalui dedikasi, inovasi, dan semangat juang mereka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2026, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.