




Susulan aduan awam berkaitan kejadian banjir di kawasan Taman Amber Park, kakitangan UPPM N.70 Kukusan bersama Jurutera JPS telah turun meninjau sendiri keadaan sungai berhampiran kawasan tersebut.
Hasil tinjauan mendapati aliran sungai tersekat akibat sampah dan semak, menyebabkan air melimpah ketika hujan lebat.
Sehubungan itu, pihak JPS telah mengarahkan kontraktor yang dilantik untuk turun segera bagi membersihkan sungai tersebut.
22 Disember 2025 (Isnin)
Aduan diterima dan tindakan awal dibuat, Kakitangan UPPM N70 Kukusan bersama konsesi JPS terus turun ke lokasi untuk tinjauan.
24 Disember 2025
Aduan selesai
Pihak JPS telah mengangkut semua sampah yang tersangkut di sungai dan memastikan aliran air kembali lancar.
Tindakan susulan
Pihak JPS akan mengkaji keperluan mengorek dan melebarkan bahagian tebing sungai yang rendah, bagi mengurangkan risiko banjir berulang pada masa akan datang.
Terima kasih kepada semua pihak yang bertindak pantas demi keselamatan dan kesejahteraan penduduk setempat.