Mukim Kukusan Dilanda Banjir

Beberapa kawasan sekitar mukim Kukusan mengalami banjir kilat susulan hujan lebat yang bermula seawal jam 3 pagi tadi lagi.

Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat Kawasan N.70 Kukusan telah turun untuk melihat dan mendapatkan maklumat selain menyalurkan sedikit bantuan air bersih dan makanan kepada penduduk kampung yang terjejas teruk.Antara kawasan terlibat ialah Kampung Pisang,Kampung Dusun,Jalan Tengku Osman,Taman Hilltop dan Taman King Fook.

Dalam pada itu,Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat dimaklumkan,Jabatan Pengairan & Saliran Sabah sudah melantik kontraktor untuk melakukan kerja kecemasan bagi menjalankan kerja pembersihan kayu/debris di sungai Tawau daripada Kampung Pisang hingga ke Taman Pick Yard.Semoga kerja-kerja pembersihan ini dapat mengelakkan dari berlakunya banjir kilat lagi yang mana telah merosakkan banyak harta benda.

Kami di Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat menasihatkan agar mengambil langkah berjaga-jaga dan berhati-hati terutama mereka yang tinggal di tepi sungai jika sekiranya air sungai naik sekali lagi.

Hubungi 089-760969 pada waktu pejabat kami 10 pagi – 4 petang untuk pertanyaan.

ATAU,

Whatsapp CARELINE saya di 010 – 779 4767 untuk aduan dan perkhidmatan masyarakat kawasan Kukusan.

“Kamu Adu, Kami Bantu”
“You Report, We Support

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2023, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.