

Bersama Tawau Wedding Community, perbincangan tertumpu kepada cadangan menganjurkan satu program menghimpunkan semua usahawan Penggiat Industri Pelamin dan Hiasan Perkahwinan termasuk makeup artis tempatan.
Program ini dilihat sebagai platform untuk saling kenal, berkongsi ilmu, memperluas jaringan serta membuka lebih banyak peluang rezeki kepada anak tempatan.
•Wanita GRS DUN Apas
Manakala bersama Wanita GRS DUN Apas, fokus diberikan kepada usaha memperkasa wanita di peringkat akar umbi daripada ekonomi keluarga, kemahiran diri hinggalah kepimpinan komuniti.
Wanita bukan sekadar pendukung, tetapi penggerak utama perubahan dalam masyarakat. Insya-Allah, usaha ini akan terus disokong demi wanita dan keluarga di Apas.