


Alhamdulillah, sempat berbuka puasa bersama mahasiswa dan mahasiswi Sabah di Setia City Convention Centre.
Seronok dapat jumpa anak-anak Sabah yang sedang berjuang menuntut ilmu di perantauan. Sambil berbuka, kita sembang santai, dengar cerita dan semangat mereka.
Lebih-lebih lagi bila musim perayaan makin dekat. Ramai yang rindu mahu pulang ke kampung. Sebab itu kerajaan negeri melalui inisiatif seperti Sentosa, Subfly dan flysiswa membantu ringankan kos perjalanan supaya anak-anak Sabah dapat balik beraya bersama keluarga.
Anak-anak Sabah ini harapan negeri. Terus belajar, terus maju. Kami di Sabah sentiasa menyokong kamu semua.