


Baru-baru ini saya menerima kunjungan daripada pihak LPPKN Sabah bagi membincangkan pelaksanaan Program Kempen Kesedaran Kanser Reproduktif Wanita (WCARE) Peringkat Daerah Tawau yang bakal diadakan pada bulan April ini.
Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran khususnya dalam kalangan wanita mengenai kepentingan pemeriksaan awal serta penjagaan kesihatan reproduktif.
Usaha seperti ini amat penting supaya lebih ramai wanita peka terhadap kesihatan diri, kerana kesedaran awal mampu menyelamatkan nyawa.
InsyaAllah, program ini akan memberi manfaat besar kepada masyarakat Tawau. Sama-sama kita sokong usaha kesedaran kesihatan ini.