Program Pemeriksaan Kesihatan Percuma Di Masjid Baitulrahman Muhibbahraya Bal, Tawau

PEJABAT ADUN N70 Kukusan meneruskan program pemeriksaan kesihatan percuma yang dilakukan sejak awal tahun lalu.

Program yang memasuki siri ketiga ini berlangsung di Masjid Baitulrahman Kg Muhibbah Bal, pada Ahad lalu.

Sebelum ini, program yang sama turut diadakan di Masjid Al Munawwaroh, Kampung Jawa diikuti Masjid Al Amin II, Kampung Pisang.

Program ini mendapat kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah Tawau, MPT dan JKM. Pelbagai aktiviti dilakukan termasuk pemeriksaan darah, kandungan gula, program berhenti merokok, pemeriksaan dan rawatan gigi serta derma darah.

Terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan program ini. Selepas ini kami akan bergerak ke Kampung Airport Lama.

Hubungi 089-760969 pada waktu pejabat kami 10 pagi – 4 petang untuk pertanyaan.

ATAU,

Whatsapp CARELINE saya di 010 – 779 4767 untuk aduan dan perkhidmatan masyarakat kawasan Kukusan.

“Kamu Adu, Kami Bantu”
“You Report, We Support

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2023, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.