

Jumaat yang berkah dimulakan dengan sesi perbincangan bersama pihak JKR bagi mendapatkan perkembangan terkini projek Jalan Utara serta membincangkan beberapa isu dan aduan yang dibangkitkan oleh penduduk sepanjang pelaksanaan kerja-kerja pembinaan dan naik taraf jalan tersebut.
Pelbagai perkara telah dibincangkan termasuk keadaan laluan, keselesaan pengguna jalan raya serta langkah-langkah penambahbaikan yang boleh diambil bagi mengurangkan kesulitan yang dihadapi penduduk.
Turut hadir pegawai-pegawai JKR, CDO Kukusan En. Khairul Faiz Bin Jairul serta pihak berkaitan.
Setiap aduan dan pandangan rakyat yang diterima akan terus dibawa kepada agensi berkaitan supaya tindakan dan penyelesaian dapat diusahakan sebaik mungkin.
Terima kasih kepada pihak JKR atas kerjasama dan komitmen dalam memastikan projek ini berjalan lancar demi kemudahan serta keselesaan rakyat.