Perjumpaan Bersama Kepimpinan Cawangan Wirawati P.191 Kalabakan

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera

Selepas kesibukan berterusan, akhirnya saya dapat mengadakan perjumpaan bersama kepimpinan cawangan bagi Wirawati P.191 Kalabakan di Pejabat ADUN N70 Kukusan, pagi tadi.

Walaupun nampak ringkas, perjumpaan seperti ini amat penting bagi saya sebagai pemimpin dan juga ahli di peringkat akar umbi.

Banyak perkara yang saya sampaikan termasuk menjelaskan situasi pemimpin yang keluar parti serta visi Presiden Parti Warisan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal melebarkan sayap parti sehingga ke Semenanjung.

Dalam masa sama saya turut mengingatkan agar Wirawati P.191 merapatkan saf dan saling bekerjasama.

Saya juga mahu mereka memilih pemimpin yang benar-benar layak termasuk dalam mengetuai Wirawati di peringkat bahagian.

Ini kerana perjuangan parti ini bukan suatu perkara yang mudah. Ia terlalu berat kerana menuntut kita memperjuangkan hak rakyat Sabah dalam menjamin masa depan anak cucu.

Terima kasih kerana hadir tadi. InsyaAllah, kita akan adakan perjumpaan seperti ini lagi pada masa akan datang.

Hubungi 089-760969 pada waktu pejabat kami 10 pagi – 4 petang untuk pertanyaan.

ATAU,

Whatsapp CARELINE saya di 010 – 779 4767 untuk aduan dan perkhidmatan masyarakat kawasan Kukusan.

“Kamu Adu, Kami Bantu”
“You Report, We Support”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2023, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.