



Alhamdulillah, saya berpeluang menyantuni warga Hospital Kunak dan mengadakan perbincangan mengenai potensi Hospital Kunak sebagai Pusat Rehabilitasi pada masa akan datang.
Saya melihat Hospital Kunak mempunyai kedudukan yang strategik serta potensi besar untuk diperkasakan bagi menyediakan perkhidmatan rehabilitasi kepada rakyat di kawasan Kunak dan sekitarnya.
Sekiranya perancangan ini dapat direalisasikan, ia mampu memaksimumkan penggunaan kemudahan sedia ada, memperluaskan akses rawatan pemulihan kepada pesakit serta membantu mengurangkan kesesakan di hospital-hospital utama termasuk di Tawau.
Lawatan ini juga memberi peluang untuk melihat sendiri keperluan dan potensi yang boleh dipertingkatkan supaya Hospital Kunak dapat memainkan peranan yang lebih besar dalam sistem perkhidmatan kesihatan di Pantai Timur Sabah.
Terima kasih kepada Dr Mohammad Azmy Bin Hamron dan seluruh warga Hospital Kunak atas sambutan yang mesra serta komitmen berterusan dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat.
Harapan kita, setiap fasiliti yang ada dapat dimanfaatkan sepenuhnya demi kemudahan rakyat dan perkhidmatan kesihatan yang lebih dekat dengan komuniti.