
Laporan polis telah dibuat berhubung tindakan individu tidak bertanggungjawab yang menyamar menggunakan nama dan identiti saya untuk tujuan tertentu.
Saya ingin mengingatkan semua warga agar sentiasa berhati-hati dan tidak mudah percaya dengan sebarang panggilan, mesej atau permintaan yang mengatasnamakan saya tanpa pengesahan.
Mangsa telah diperdaya dengan tipu helah sehingga kerugian ratusan wang ringgit.
Sekiranya ada pihak yang menghubungi dan mengaku mewakili atau bertindak bagi pihak saya, sila rujuk terus kepada Careline Kukusan atau berhubung dengan staf saya untuk pengesahan.
Jangan mudah terpedaya. Sebarang maklumat yang meragukan, sila semak dahulu sebelum mengambil tindakan.
Careline Kukusan:
+60 10-779 4767