



Hari ini saya menghadiri Mesyuarat Majlis Tindakan Membanteras Dadah (MTMD) Peringkat Negeri Sabah Bilangan 1 Tahun 2026 yang dipengerusikan oleh YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor, Ketua Menteri Sabah.
Alhamdulillah, Sabah terus menunjukkan perkembangan positif dalam usaha membanteras penyalahgunaan dadah apabila jumlah penagih yang dikesan menurun sebanyak 5.9 peratus pada tahun 2025 berbanding tahun sebelumnya.
Pencapaian ini mencerminkan keberkesanan usaha bersepadu yang dilaksanakan oleh pelbagai pihak dalam menangani ancaman dadah.
Tahniah dan penghargaan kepada Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Sabah serta semua agensi dan pihak berkepentingan yang terus komited dalam menjayakan agenda ini.
Semoga kerjasama yang terjalin dapat terus diperkukuhkan ke arah merealisasikan aspirasi Sabah bebas dadah dan mencapai matlamat Dadah Terkawal 2030.