Ziarah Kasih DUN Kukusan: Hadir Bertanya Khabar, Meringankan Beban

Kesihatan Kita, Keutamaan Bersama

Akidah Bermula Dari Rumah

Menyantuni Hajja Kasma, Isteri Allahyarham Datuk Haji Samsul Alang

Ziarah Kasih: Mendoakan Kesembuhan Imam Alil Matran di ICU Jantung

Ziarah Kasih PPR Gudang 4

Aduan Diterima, Tindakan Terus Dibuat

Membina Generasi Yang Menguasai Teknologi

Jangan Biar Anak Perempuan Kita Malu Kerana Tidak Mampu

Siapa Anak Muda Tawau Kaki Ping Pong?

 Mesyuarat Penyelarasan Bersama Agensi Antidadah Kebangsaan Sabah Mengenai Isu Penyalahgunaan Dadah

Pagi ini saya menerima kunjungan daripada pihak Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Sabah yang diketuai oleh Pengarah AADK Sabah, Puan Elmariah Chung, bagi mengadakan mesyuarat penyelarasan dan sesi perbincangan berkaitan isu penyalahgunaan dadah serta usaha-usaha pencegahan dan pemulihan yang sedang dilaksanakan di negeri ini.

Dalam perbincangan tersebut, pelbagai perkara telah dikongsikan termasuk perkembangan semasa berkaitan penyalahgunaan dadah, pendekatan pemulihan yang memberi penekanan kepada peluang kedua, serta usaha memperkukuh kesedaran masyarakat melalui penglibatan komuniti dan golongan belia.

Saya turut dimaklumkan mengenai perancangan pembukaan sebuah Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) di Balung, Tawau, yang dijangka dapat membantu memperluaskan akses kepada perkhidmatan rawatan dan pemulihan bagi individu yang memerlukan sokongan untuk kembali menjalani kehidupan yang lebih baik.

Usaha membanteras penyalahgunaan dadah memerlukan komitmen berterusan dan kerjasama semua pihak. Semoga jalinan kerjasama antara kerajaan, agensi berkaitan dan komuniti akan terus diperkukuh demi mewujudkan masyarakat yang lebih sejahtera, selamat dan bebas daripada ancaman dadah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2026, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.