Salam Takziah

Pantau, Semak dan Ambil Tindakan

Ziarah Kasih DUN Kukusan: Hadir Bertanya Khabar, Meringankan Beban

Kesihatan Kita, Keutamaan Bersama

Akidah Bermula Dari Rumah

Menyantuni Hajja Kasma, Isteri Allahyarham Datuk Haji Samsul Alang

Ziarah Kasih: Mendoakan Kesembuhan Imam Alil Matran di ICU Jantung

Ziarah Kasih PPR Gudang 4

Aduan Diterima, Tindakan Terus Dibuat

Membina Generasi Yang Menguasai Teknologi

 Janji Dengan Rakyat, Mesti Ditunai.

Alhamdulillah,kemarin saya menyerahkan meja pingpong kepada belia di Dun Kukusan, Kg Jawa Sentosa lokasi yang ketiga bagi menyokong aktiviti riadah dan menghidupkan lagi aktiviti belia di kampung.

Ini adalah antara janji yang saya nyatakan semasa PRU DUN. Bagi saya, bila sudah berjanji

dengan rakyat, janji itu mesti ditunaikan.

Mungkin tidak semuanya dapat dilaksanakan serentak, tetapi satu demi satu akan saya usahakan sehingga selesai.

Sempat juga saya turun gelanggang bermain satu set bersama belia. Seronok dapat beriadah, bersembang dan dengar sendiri pandangan mereka.

Insya-Allah, saya akan terus bekerja, bukan banyak bercakap. Inilah yang saya mahu teruskan, setiap minggu saya akan turun dari kampung ke kampung untuk beriadah bersama belia, mendekati mereka dan mendengar sendiri apa yang mereka perlukan.

Kerja mesti turun padang, bukan tunggu orang datang jumpa kita.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2026, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.