Membina Generasi Yang Menguasai Teknologi

Jangan Biar Anak Perempuan Kita Malu Kerana Tidak Mampu

Siapa Anak Muda Tawau Kaki Ping Pong?

Bersama Mangsa Kebakaran Lok Buta

Seorang Wanita, Seribu Perjuangan

Sempatkan Waktu

Perginya Seorang Penggerak Wanita

Bersatu, Kita Jaga Komuniti

Tindakan Segera, Demi Keselamatan Komuniti

Ziarah Kasih Kukusan

 UPPM Kukusan, JKR Dan Kontraktor Tinjau Lokasi Kemalangan Tular

CDO Kukusan En Mohd Khairul Faiz B Jairul, Pemaju Mukim Kukusan En Herman Ismail, En Pritchard dan En Saharudin turun bersama pihak JKR dan pihak kontraktor telah turun meninjau lokasi kemalangan yang tular semalam bagi melihat sendiri keadaan sebenar di lapangan serta mengenal pasti penambahbaikan yang perlu dilaksanakan demi keselamatan pengguna jalan raya.

Hasil pemantauan mendapati beberapa aspek keselamatan perlu diberi perhatian segera.

Antara perkara yang dibangkitkan ialah:

• Penghadang jalan (barrier) perlu dipasang lampu amaran atau pemantul cahaya supaya lebih jelas kelihatan pada waktu malam dan mengurangkan risiko kemalangan.

• Pencahayaan jalan di beberapa simpang utama perlu ditambah baik, khususnya di hadapan Institut Memandu (IM), simpang masuk Taman Ria 4–5 dan simpang masuk ke Kompleks Sukan bagi membantu penglihatan pengguna jalan raya pada waktu malam.

Dalam sesi tersebut, pihak kontraktor turut menjelaskan bahawa lampu amaran yang sebelum ini telah dipasang di beberapa bahagian laluan berkenaan telah dicuri oleh individu yang tidak bertanggungjawab.

Kejadian itu melibatkan kira-kira 500 meter kawasan projek dan menyebabkan tahap pencahayaan serta amaran keselamatan berkurangan.

UPPM N.70 Kukusan akan terus menyelaras dan menyusulkan perkara ini bersama pihak JKR serta kontraktor supaya tindakan penambahbaikan dan langkah keselamatan dapat disegerakan demi kepentingan semua pengguna jalan raya.

Keselamatan pengguna jalan raya adalah keutamaan dan kerjasama semua pihak amat diperlukan, termasuk menjaga kemudahan awam daripada sebarang perbuatan vandalisme atau kecurian.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2026, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.