Program Jelajah In House Training (Media) UPPM Sabah di Pejabat UPPM N.70 Kukusan

PROGRAM JELAJAH” IN HOUSE” TRAINING (MEDIA) SIRI 2/2023 bagi 73 Kawasan Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat

PAGI tadi, UPPM Kawasan N.70 Kukusan menerima kunjungan daripada ibu pejabat UPPM Sabah dalam Program Jelajah In House training (Media) Siri 2/2023.

Tuan Joslim Olim Dan Tuan Dexter Chin, CDO UPPM Sabah telah menerangkan dengan lebih terperinci format baharu berkenaan pengisian data profile DUN. Tujuan pembaharuan format tersebut bagi memudahkan pihak pentadbiran pusat untuk menyelaraskan laporan bagi 73 DUN di bawah seliaan UPPM Sabah.

Manakala, Tuan Rainy Valentine Andrew Dan Puan Sante Villiamon juga turut menerangkan Format Laporan Bulanan yang baharu kepada semua kakitangan UPPM Kawasan N.70 Kukusan.

Tuan Rainy Dan Puan Sante Villiamon juga turut menjelaskan berkenaan pembukaan akaun Tik Tok bagi tujuan pendedahkan kepada masyarakat gerak kerja UPPM seiring dengan teknologi masa kini. Tambahan pula, UPPM Sabah bakal melancarkan program Buletin UPPM dimana program ini akan memaparkan laporan kerja di semua 73 DUN Negeri Sabah.

PPM Kawasan N.70 Kukusan Tuan Sukardi Mashuri mewakili seluruh kakitangan mengucapkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada UPPM Sabah atas tunjuk ajar yang telah diberikan.

Turut hadir program ini CDO Kawasan N.70 Kukusan En Mohd Fazree Balamis, Penyelia Puan Susanti Jakobus, Pemaju Mukim En Mohd Khairul Fa’iz Jairul, En Ardyhansah Amat dan Puan Rohani Abdul Razak Poon dan Pemaju Masyarakat Puan Fitrayanti Basri Eko.

Hubungi 089-760969 pada waktu pejabat kami 10 pagi – 4 petang untuk pertanyaan.

ATAU,

Whatsapp CARELINE saya di 010 – 779 4767 untuk aduan dan perkhidmatan masyarakat kawasan Kukusan.

“Kamu Adu, Kami Bantu”
“You Report, We Support

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2023, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.