


“Bila ayah pergi, ibu pula terpaksa menjadi ayah.”
Dulu Allahyarham suaminya mencari rezeki berniaga gerai ihaw-ihaw di Jalan Air Panas. Selepas pemergian suami, seluruh tanggungjawab jatuh di bahu seorang ibu yang kini membesarkan lima orang anak seorang diri.
Setiap hari beliau bangun awal menyediakan kuih untuk dijual. Untungnya tidak besar, tetapi itulah rezeki yang digunakan untuk membeli beras, membayar keperluan sekolah dan memastikan lima orang anaknya terus belajar seperti anak-anak yang lain.
Sebagai seorang ibu, beliau tidak pernah mengalah. Walaupun hati masih menyimpan rindu kepada arwah suami, beliau memilih untuk terus kuat demi masa depan anak-anak.
Alhamdulillah, melalui permohonan yang dikemukakan oleh anak beliau, Jabatan Pekhidmatan Kebajikan Am Sabah telah meluluskan bantuan kewangan bulanan bagi membantu meringankan beban keluarga ini.
Inilah yang selalu saya pegang. Kadang-kadang orang tidak perlukan janji yang besar. Mereka hanya perlukan ada yang sudi mendengar, memahami dan berusaha membantu ketika hidup sedang benar-benar sukar.
Semoga bantuan ini menjadi sedikit kelegaan buat seorang ibu yang tidak pernah berhenti berjuang demi anak-anaknya.
Turut hadir mewakili saya UPPM N.70 Kukusan PPM Kukusan Tuan Sukardi Mashuri bersama Puan Nurul Fadilah Abdul Hamid, Penolong Pengarah JPKAS Bahagian Tawau, yang menyampaikan bantuan serta meninjau sendiri keadaan keluarga penerima.