Aduan Diterima, Tindakan Terus Dibuat

Membina Generasi Yang Menguasai Teknologi

Jangan Biar Anak Perempuan Kita Malu Kerana Tidak Mampu

Siapa Anak Muda Tawau Kaki Ping Pong?

Bersama Mangsa Kebakaran Lok Buta

Seorang Wanita, Seribu Perjuangan

Sempatkan Waktu

Perginya Seorang Penggerak Wanita

Bersatu, Kita Jaga Komuniti

Tindakan Segera, Demi Keselamatan Komuniti

 Tinjauan Jalan Rosak Laluan Jalan Utara

UPPM N.70 Kukusan bersama pihak JKR dan kontraktor turun padang meninjau keadaan jalan rosak di laluan Jalan Utara yang sebelum ini tular dan mendapat perhatian ramai.

Hasil tinjauan mendapati permukaan jalan mengalami kerosakan dan berlubang, sekali gus menyukarkan pengguna jalan raya yang melalui laluan tersebut setiap hari.

Sebagai tindakan segera, pihak kontraktor telah melaksanakan kerja menggred semula permukaan jalan bagi meratakan dan memperbaiki keadaan laluan tersebut agar lebih selamat digunakan.

UPPM N.70 Kukusan akan terus memantau perkembangan kerja pembaikan ini dari semasa ke semasa.

Sekiranya terdapat lagi lokasi jalan rosak di sekitar Kukusan, orang ramai boleh maklumkan kepada kami supaya tindakan susulan dapat diambil.

KAMU ADU KAMI BANTU

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2026, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.