



Innalillahi wa inna ilaihi raji’un.
Saya merakamkan ucapan takziah kepada Ustaz Amin Nasir dan seluruh ahli keluarga atas pemergian puteri tersayang, Allahyarhamah Ustazah Nur Farhanah Amiliah binti Mohd Amin, Penyelia KAFA Tawau 1, yang telah kembali ke rahmatullah pada hari ini, Jumaat, 3 Julai 2026.
Saya masih teringat ketika berpeluang menziarahi Allahyarhamah pada 17 Jun yang lalu. Hari ini, Allah SWT telah menjemput beliau kembali ke sisi-Nya.
Semoga Allah SWT mengampunkan segala dosa Allahyarhamah, melimpahkan rahmat-Nya dan menempatkan beliau dalam kalangan orang-orang yang beriman.
Semoga Ustaz Amin Nasir dan seluruh keluarga diberi kekuatan, kesabaran serta ketabahan menghadapi ujian yang berat ini.
Al-Fatihah.