


Alhamdulillah, hari ini saya berbesar hati merasmikan Child Safeguarding Conference Sabah 2026 bagi mewakili YB Datuk Julita Majungki Menteri Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah.
Persidangan yang bertemakan Building Communities That Protect ini menghimpunkan pelbagai agensi kerajaan, NGO, institusi pendidikan dan komuniti untuk memperkukuh usaha melindungi hak serta kesejahteraan kanak-kanak di Sabah.
Turut hadir Yang Berbahagia Datuk Mariati Robert, Naib Pengerusi SUHAKAM, Dr. Zufar Yadi, Pesuruhjaya Kanak-Kanak Sabah dan Sarawak, wakil Majlis Perkhidmatan Masyarakat Sabah (MPMS) serta Puan Sonia Chin, Pengerusi Child Safeguarding Initiative (CSI) Coalition Sabah.
Sepanjang persidangan, peserta mengikuti Keynote 1 bertajuk Safeguarding Children’s Rights to Protection A Whole-of-Society Responsibility yang disampaikan oleh Ms. Elsie Primus, Registrar of the Subordinate Court of Sabah dan Sarawak, serta Keynote 2 bertajuk Building a Protective Community oleh Mr. Sam Gipson, Principal of Kinabalu International School (KIS).
Turut diadakan tiga sesi dialog yang membincangkan peranan undang-undang dalam melindungi kanak-kanak, sistem pelaporan kes di Sabah dan usaha memperkukuh advokasi hak kanak-kanak.
Banyak perkongsian yang membuka mata bahawa perlindungan anak-anak perlu diterjemahkan melalui tindakan bersama.
Antara perkara yang paling memberi kesan kepada saya pagi tadi ialah sesi Voice of the Child. Anak-anak mengingatkan kita bahawa apabila ibu bapa penat, tertekan atau sedang bad mood, jangan lepaskan emosi kepada mereka.
Mereka tidak tahu apa yang sedang kita hadapi, tetapi mereka akan merasai kesannya. Pesanan yang ringkas, namun cukup mendalam untuk kita renungkan sebagai ibu bapa dan orang dewasa.
Harapan saya, semoga lebih ramai ibu bapa, guru, pemimpin, NGO dan seluruh masyarakat menjadi pelindung kepada anak-anak.
Mereka berhak membesar dalam suasana yang selamat, didengari, dihargai dan disayangi. Masa depan Sabah bergantung kepada bagaimana kita menjaga mereka hari ini.
Apa pandangan kamu? Pada pendapat kamu, apakah perkara paling penting yang boleh kita lakukan untuk memastikan setiap anak membesar dalam persekitaran yang selamat?