Akidah Bermula Dari Rumah

Menyantuni Hajja Kasma, Isteri Allahyarham Datuk Haji Samsul Alang

Ziarah Kasih: Mendoakan Kesembuhan Imam Alil Matran di ICU Jantung

Ziarah Kasih PPR Gudang 4

Aduan Diterima, Tindakan Terus Dibuat

Membina Generasi Yang Menguasai Teknologi

Jangan Biar Anak Perempuan Kita Malu Kerana Tidak Mampu

Siapa Anak Muda Tawau Kaki Ping Pong?

Bersama Mangsa Kebakaran Lok Buta

Seorang Wanita, Seribu Perjuangan

 Ziarah Kasih Kukusan

Tiada yang lebih bermakna daripada hadir melihat sendiri keadaan masyarakat kita.

Menerusi Ziarah Kasih Kukusan, saya mewakilkan UPPM N.70 Kukusan PPM Kukusan Tuan Sukardi Mashuri bersama kakitangan serta rakan NGO SWAH dan KERJA turun padang menyantuni beberapa penduduk yang memerlukan perhatian.

Antara yang diziarahi:

📍 Puan Sumiati Binti Ahmad, Kg Jawa Lanut yang sedang menghadapi masalah kesihatan.

📍 Paina Bin Ngadi, Kg Jawa Lanut, warga emas yang terlantar.

📍 Salim Bin Bullah, Kampung Dusun, warga emas yang memerlukan bantuan kebajikan.

📍 Chong Yin Kyau, Taman King Fook, warga emas yang turut memohon bantuan kebajikan.

Setiap kunjungan membawa satu pesan kita dengar, kita lihat, kita usaha bantu.

Terima kasih kepada semua yang terus bergerak menyantuni masyarakat. Semoga sedikit perhatian yang diberikan dapat memberi kekuatan dan meringankan beban mereka.

Kalau ada keluarga atau jiran kita yang memerlukan perhatian, jangan pendam sendiri. Maklumkan kepada kita, kita cuba bantu mana yang termampu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2026, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.