Aduan Diterima, Tindakan Terus Dibuat

Membina Generasi Yang Menguasai Teknologi

Jangan Biar Anak Perempuan Kita Malu Kerana Tidak Mampu

Siapa Anak Muda Tawau Kaki Ping Pong?

Bersama Mangsa Kebakaran Lok Buta

Seorang Wanita, Seribu Perjuangan

Sempatkan Waktu

Perginya Seorang Penggerak Wanita

Bersatu, Kita Jaga Komuniti

Tindakan Segera, Demi Keselamatan Komuniti

 Ziarah Kasih Ramadan

Semalam saya bersama Pengarah JPKAS, Tuan Jais Bin Asri turun menyantuni Pakcik Hamka Sinring di Kg SK Gabungan.

Keadaan beliau sangat uzur dan memerlukan katil khas serta kerusi roda untuk memudahkan pergerakan harian.

Alhamdulillah,

Hari ini, tidak tunggu lama.

UPPM N.70 Kukusan PPM Kukusan Tuan Sukardi Mashuri bersama kakitangan terus bergerak menghantar katil homeward sumbangan JPKAS dan kerusi roda daripada saya sendiri ke rumah Pakcik Hamka.

Bagi saya, kalau boleh dipercepatkan, kenapa perlu dilambatkan.

Kita turun melihat, kita dengar sendiri, dan kita terus ambil tindakan.

Ramadan mengajar kita tentang peduli dan tanggungjawab.

Bukan hanya hadir bergambar, tapi pastikan ada hasil yang sampai ke tangan yang memerlukan.

Terima kasih kepada pasukan yang bertindak pantas.

Doakan Pakcik Hamka diberi kesembuhan dan kekuatan.

Kalau ada lagi warga Kukusan yang perlukan perhatian, maklumkan kepada saya atau UPPM N70 Kukusan.

InsyaAllah kita usahakan bersama.

KITA JAGA BERSAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2026, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.