



Baru jak habis demam bola FIFA World Cup 2026, petang tadi saya jumpa pula soccer drone.
Menerima undangan sebagai perasmi Majlis Perasmian Perlumbaan Drone sempena Festival Kebudayaan Antarabangsa Tawau (FKAT) Kali Ke-11 Tahun 2026.
Pertama kali saya tengok pertandingan macam ini. Jadi, jakun juga laa sekejap.
Seronok tengok anak-anak kita yang ada minat dan bakat dalam bidang seperti ini. Ada yang minat bola di padang, ada juga yang main bola di udara.
Ramai penyertaan turut datang dari daerah lain termasuk Sandakan, Lahad Datu, Kunak dan Semporna.
Tahniah kepada En Ikhsan dan semua penganjur dan peserta. Teruskan kembangkan minat dan bakat anak-anak kita dalam bidang teknologi dan sukan baharu seperti ini.