Kejohanan Bola Tampar Lelaki Dan Wanita Tertutup Tawau

Lokasi: Tmn Victoria, Kukusan

KEJOHANAN BOLA TAMPAR LELAKI DAN WANITA TERTUTUP TAWAU

Saya mengucapkan terima kasih kepada Pengerusi Penganjur Encik Zamli Jumat dan Belia Taman Victoria, Tawau kerana menjemput saya untuk menghadiri dan seterusnya menyempurnakan Majlis Perasmian Kejohanan Bola Tampar Lelaki dan Wanita Tertutup Tawau, pada pagi yang indah ini.

Tahniah kepada semua ahli jawatan kuasa penganjur yang terlibat atas persiapan dan komitmen yang jitu dan padu dalam menjayakan kejohanan imi.

Kejohanan Bola Tampar Lelaki dan Wanita Tertutup Tawau adalah julung kali diadakan khususnya sepanjang kita berdepan ancaman pandemik COVID-19.

Saya difahamkan ia bertujuan mencungkil bakat baharu dalam sukan ini yang mana semua kita mengetahui sukan bola tampar ini mempunyai peminat tersendiri serta bertaraf kejohanan dunia.

Melalui cara ini juga, kita juga dalam mencari pemain pelapis untuk diketengahkan pada masa akan datang.

Disamping itu, program seperti ini juga dapat mengisi masa lapang buat para peserta khususnya golongan belia dengan aktiviti sihat menerusi sesi latihan ketika membuat persiapan menyertai kejohanan.

Ia secara tidak langsung dapat menjalinkan hubungan silaturahim sesama peserta dan penduduk Taman Victoria.

Kejohanan bola tampar pada kali ini bukanlah sekadar untuk rekreasi dan kecergasan semata-mata, sebaliknya sebagai titik mula kita menjalani kehidupan dalam norma baharu dan fasa endemik COVID-19.

Dalam masa sama, saya berharap aktiviti ini juga melatih peserta khususnya golongan belia untuk lebih bertanggungjawab, dinamik dan cemerlang dalam pelbagai aspek.

Ini kerana setiap acara sukan yang dipertandingkan mempunyai peraturan-peraturan yang telah dipersetujui oleh semua pihak yang bertanding. Di dalam sukan juga mengandungi konsep ”fair-play”, persefahaman, disiplin, taat, daya saing, perjuangan, persediaan strategi ke arah memenangi sesuatu pertandingan.

Aktiviti program sukan yang diadakan ini juga akan dapat memupuk nilai-nilai positif serta meningkatkan mutu hidup dan kesejahteraan masyarakat seterusnya ke arah pembentukan insan yang berkualiti.

Di samping itu, melalui aktiviti sukan tersebut akan mempamerkan nilai-nilai dan semangat kesukanan serta daya juang yang begitu baik.
Ia sekali gus dapat menjadi wadah membantu melahirkan masyarakat Malaysia yang cergas, aktif dan produktif dengan nilai-nilai murni untuk menghadapi cabaran di masa hadapan.

ADUN Kukusan
9 pagi, 20 November 2021
Gelanggang Bola Tampar Taman Victoria

Hubungi 089-760969 pada waktu pejabat kami 10 pagi – 4 petang untuk pertanyaan.

ATAU,

Whatsapp CARELINE saya di 010 – 779 4767 untuk aduan dan perkhidmatan masyarakat kawasan Kukusan.

“Kamu Adu, Kami Bantu”
“You Report, We Support”

Leave a Reply

Your email address will not be published.