



Setiap hari kita sibuk dengan urusan masing-masing. Telefon, aduan, mesyuarat dan kerja-kerja di lapangan.
Sebab itu, pagi ini kami ambil sedikit masa untuk refresh diri dan sentiasa mengingatkan diri kepada Allah.
Bersama pemimpin dan penggerak akar umbi, kami membaca Yasin dan berdoa bersama.
Bukan untuk berhenti daripada bekerja, tetapi untuk berhenti sekejap supaya kita sentiasa ingat siapa yang memudahkan segala urusan kita.
Semoga setiap langkah kita dipermudahkan dan diberkati.