



Semalam saya singgah di PPR Gudang 4, melawat dan bertanya khabar beberapa keluarga di sana.
Saya melawat Puan Asiah @ Fauziah Binti Ismail, ibu kepada Encik Fazree, Mantan CDO Kukusan yang kini terlantar. Saya turut bertemu Saudara Muhammad Fazley Jamalauddin Akhbar Jainuddin yang sedang dalam proses pemulihan selepas kemalangan motosikal.
Bila turun sendiri, kita dapat dengar dan faham apa yang mereka lalui. Kadang-kadang, dapat singgah, bertanya khabar dan beri sedikit semangat pun sudah cukup bermakna.
Saya doakan semoga mereka terus kuat, dipermudahkan segala urusan dan diberikan kesembuhan.