


Hari ini saya bersama JKM, Komuniti MADANI Kg Muhibbah Raya dan JAPEN turun menziarahi sebuah kisah kehidupan yang sangat meruntun hati.
Seorang nenek sedang bertarung dengan kanser, namun masih cekal membesarkan cucunya yang merupakan anak OKU.
Dalam kesakitan, dia tetap kuat,
Dalam kekurangan, dia tetap memberi,
Inilah kasih seorang wanita,kasih yang tidak pernah minta dibalas.
Melihat sendiri keadaan ini, kita sedar masih ramai yang perlukan perhatian dan tindakan segera.
Alhamdulillah, JKM telah menyerahkan borang bantuan untuk Puan Fauziah bagi membolehkan beliau menerima sokongan kewangan.
Manakala cucunya akan dibantu melalui penempatan di Rumah Sri Stella Tawau, supaya masa depan anak ini terus terbela, dengan akses pendidikan dan rawatan yang lebih baik.
Ini bukan sekadar ziarah,ini tanggungjawab. Saya sebagai Pembantu Menteri Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah akan terus turun padang, memastikan tiada yang tercicir dari perhatian.
Terima kasih kepada UPPM N.70 Kukusan, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Komuniti MADANI Kg Muhibbah Raya, JAPEN Daerah Tawau serta AJK Masjid Babus Sa’adah yang bersama-sama dalam misi kemanusiaan ini.
Kadang kita rasa hidup kita susah,tapi di luar sana, ada yang sedang berjuang jauh lebih kuat daripada kita.
Apa pendapat anda patutkah lebih banyak usaha seperti ini diperluaskan?