Akhirnya Jalan Utara Baru Dinaik Taraf

Alhamdulillah. Terima kasih kepada Kerajaan Negeri Sabah dan Kementerian Kerja Raya kerana memberi peruntukan khas sebanyak RM206 juta untuk kerja menaik taraf Jalan Utara Baru di kawasan mukim Kukusan.

Perancangan naik taraf jalan ini sebenarnya sudah dimasukkan dalam RMK-11 lagi namun tertangguh akibat masalah birokrasi dan pengurusan di peringkat Persekutuan.

Pada tahun 2020, saya pernah mempersoalkan tindakan kerajaan pusat ketika itu yang mahukan status tanah diwartakan kepada Persekutuan sebelum kerja naik taraf dilakukan. Dan isu ini terus saya utarakan setiap kali DUN Sabah berlangsung.

Kini, menerusi konsep Sabah First, Sabah Forward dan Sabah Maju Jaya, kerajaan Negeri dan Kementerian mengambil inisiatif dan langkah proaktif dalam memahami keperluan mendesak pengguna jalan raya di sini.

Semoga projek ini dapat membantu mengatasi masalah kesesakan lalu lintas di sini.

RINA HJ JAINAL
Timbalan Presiden Parti Harapan Rakyat Sabah
merangkap ADUN N70 Kukusan

Hubungi 089-760969 pada waktu pejabat kami 10 pagi – 4 petang untuk pertanyaan.

ATAU,

Whatsapp CARELINE saya di 010 – 779 4767 untuk aduan dan perkhidmatan masyarakat kawasan Kukusan.

“Kamu Adu, Kami Bantu”
“You Report, We Support

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2023, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.