Membina Generasi Yang Menguasai Teknologi

Jangan Biar Anak Perempuan Kita Malu Kerana Tidak Mampu

Siapa Anak Muda Tawau Kaki Ping Pong?

Bersama Mangsa Kebakaran Lok Buta

Seorang Wanita, Seribu Perjuangan

Sempatkan Waktu

Perginya Seorang Penggerak Wanita

Bersatu, Kita Jaga Komuniti

Tindakan Segera, Demi Keselamatan Komuniti

Ziarah Kasih Kukusan

 Alfatihah Untuk Mu ‘Uncle Omar’

PAGI ini, menerima khabar duka daripada Kampung Jawa, Tawau atas pemergian Pakcik Omar Amin atau mesra dipanggil Uncle Omar akibat sakit jantung.

Terlalu banyak kenangan bersama arwah apatah lagi arwah jugalah salah seorang pencadang saya ketika penamaan calon PRN 2020 yang lalu.

Sepanjang mengenainya, arwah sentiasa menerima kehadiran saya dengan tangan terbuka, memberi nasihat dan pandangan bernas biar pun saya telah meninggalkan parti lama.

Sudah tentu pemergian arwah suatu kehilangan yang berkesan di hati saya. Tiada lagi kata nasihat, positif dan optimis daripada beliau kepada saya.

InsyaAllah segala nasihat arwah Uncle Omar khususnya dalam pertemuan kita beberapa bulan lalu, akan saya ingati dan manfaatkan dalam menjalani kehidupan sebagai wakil rakyat.

Semoga roh Uncle Omar dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman serta dikasihi Allah.

Alfatihah

Hubungi 089-760969 pada waktu pejabat kami 10 pagi – 4 petang untuk pertanyaan.

ATAU,

Whatsapp CARELINE saya di 010 – 779 4767 untuk aduan dan perkhidmatan masyarakat kawasan Kukusan.

“Kamu Adu, Kami Bantu”
“You Report, We Support

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2026, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.