Jangan Biar Anak Perempuan Kita Malu Kerana Tidak Mampu

Siapa Anak Muda Tawau Kaki Ping Pong?

Bersama Mangsa Kebakaran Lok Buta

Seorang Wanita, Seribu Perjuangan

Sempatkan Waktu

Perginya Seorang Penggerak Wanita

Bersatu, Kita Jaga Komuniti

Tindakan Segera, Demi Keselamatan Komuniti

Ziarah Kasih Kukusan

Ibu-Ibu Yang Saya Sayang

 Bila Rumah Perlu Dibaiki, Kita Usahakan Bersama

Bagi sesetengah keluarga, zink yang bocor bukan hanya masalah kecil. Apabila hujan turun, air boleh masuk ke dalam rumah dan mengganggu keselesaan serta keselamatan seisi keluarga.

Ada juga keluarga yang memerlukan papan, broti dan plywood untuk membaiki dinding atau lantai rumah yang sudah rosak.

Tidak kurang juga yang memerlukan tangki air bagi memenuhi keperluan harian.

Saya faham, bagi keluarga yang serba kekurangan, kos untuk mendapatkan bahan-bahan ini bukan sesuatu yang mudah.

Sebab itu saya teruskan usaha yang sering saya lakukan sebelum PRU DUN dahulu, agar bantuan dapat disampaikan kepada mereka yang benar-benar memerlukan.

Kali ini, bantuan bahan binaan asas telah disalurkan kepada 14 keluarga di Kg Pondok Pisang, Kg Besi Buruk Bukit Kukusan, Kg Sentosa Blok 4, Lorong Sawit Kg Sentosa Blok 4, Kg Jawa Jalan Madu, Kg Jawa Sentosa dan Taman Hill Top.

Mungkin bantuan ini tidak mampu menyelesaikan semua masalah, tetapi saya berharap ia dapat meringankan beban dan memberi sedikit keselesaan kepada keluarga yang menerimanya.

Rumah yang lebih selamat, lantai yang lebih baik dan bekalan air yang mencukupi adalah keperluan asas yang wajar dirasai oleh setiap keluarga.

Selagi ada ruang dan kemampuan untuk membantu, kita akan terus berusaha bersama-sama demi rakyat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2026, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.