Bacaan Yassin Dan Doa Bersama Wirawati Warisan Sabah

Alhamdulillah, malam semalam dapat bersama Wirawati Warisan Sabah dalam pautan Zoom. Bacaan yassin dan doa diterajui oleh YB Isnaraissah Munirah Majilis, Ketua Wirawati Warisan bersama 19 penyertaan wirawati lain dari semua bahagian seluruh Sabah.

Semoga inisiatif dari ini dapat mengeratkan lagi ukhuwah perjuangan Wirawati Warisan Sabah.

Salam takziah kepada mereka yang pergi terdahulu disebabkan wabak Covid atau asbab lain. Ramai pejuang dan penyokong Warisan di antaranya malah ada yang masih sedang bertarung nyawa seperti saudari Ira, Timb Ketua Wirawati Sepanggar.

Sentiasalah mengamalkan SOP, dapatkan vaksin, berdoa dan tawakal agar pandemik ini segera berakhir.

YB RINA JAINAL
AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI N70 KUKUSAN

Hubungi CARELINE saya di 016-8034767 / 014-3009517 untuk aduan dan perkhidmatan masyarakat kawasan Kukusan.

“Kamu Adu, Kami Bantu”
“You Report, We Support”
您报告我们支持

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2023, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.